• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Demi Lovato Akan Dilamar Kekasih Setelah Covid-19 Berakhir

Setelah sering kali gagal dalam hubungan percintaan, penyanyi Demi Lovato dikatakan sudah mempunyai kekasih baharu iaitu Max Ehrich yang merupakan seorang pelakon.

Bukan lagi sekadar khabar angin, malah ada paparazi yang berjaya mengambil gambar mereka berdua ketika sedang membeli-belah. Selain itu, Demi juga secara tidak sengaja pernah muncul menerusi Insta Live Max.

Bersama-sama menjalani kuarintin rupa-rupanya membuatkan Max yakin kalau Demi adalah pasangan yang cukup sempurna buat dirinya dan bersedia menjalin hubungan yang lebih serius.

Seperti yang dipetik dari US Magazine, Max dikatakan akan segera melamar Demi sebaik sahaja Covid-19 berakhir, seperti yang dinyatakan rakan terdekat mereka.

“Max merancang mahu melamar Demi setelah semua pandemik ini berakhir dan keluarga mereka tak perlu risau lagi dengan lamaran tersebut. Mereka berasa sepadan dan mampu menjadi pasangan sempurna,” jelas sumber berkenaan.

Sebelum itu, ada sumber lain juga mengungkapkan kalau mereka semakin dekat selama wabak Covid-19 ini. Demi dan Max benar-benar bahagia dalam menjalin hubungan mereka.

“Masa kuarintin ini sangat baik untuk hubungan Demi dan Max, mereka jadi makin rapat. Dia (Demi) juga berhasil melawan rasa ketagihannya, ia berusaha keras untuk sihat dan merawat dirinya sendiri. (Max) adalah jejaka baik dan mereka bahagia bersama,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend