Cerita ArtisHiburan

Demi Penuhi Keinginan Peminat, Hafiz Suip Mohon Harga Tiket Konsert ‘Di Sebalik Aku: Hafiz Suip’ Diturunkan

Penyanyi Hafiz Suip mengumumkan berita gembira buat peminat setianya apabila harga tiket konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip diturunkan selepas mendapat tajaan daripada tiga syarikat lokal iaitu Bienz, Solustra Perfum dan Finura.

Konsert yang bakal diadakan pada 1 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur itu dianjurkan oleh SAH Entertainment dan ia menjanjikan pengalaman penuh emosi dengan gabungan perjalanan hidup serta katalog lagu hit Hafiz sepanjang 16 tahun bergelar anak seni.

Menurut Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid, kehadiran tiga penaja berkenaan membolehkan pihak penganjur mengambil inisiatif mengurangkan hargatiket sebagai tanda penghargaan kepada  peminat.

“Sokongan syarikat penaja memberi ruang untuk kami menurunkan harga tiket agar lebih ramai peminat dapat hadir. 

Ini juga sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan mereka bersama Hafiz sejak awal kerjaya,” katanya.

Sufi berkata demikian ketika sesi sidang akhbar khas yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur malam tadi.

Sementara itu, Hafiz yang turut hadir pada sidang media berkenaan menyatakan bahawa penurun harga tiket itu adalah atas permintaannya sendiri.

Hafiz berkata, permintaan berkenaan adalah demi memenuhi hasrat peminat yang ingin datang ke konsertnya itu, termasuk dari Sarawak, Sabah dan Singapura.

“Perkara ini pun saya sudah bincang dengan pihak penganjur dan bersyukur kerana mereka bersetuju, meskipun dalam setiap acara yang dianjurkan pastinya keuntungan menjadi keutamaan,” ujarnya.

Selain persembahan solo Hafiz, konsert ini turut menampilkan artis undangan istimewa iaitu Adira dan Umai bagi memeriahkan lagi malam bersejarah tersebut.

Lebih 4,000 penonton dijangka membanjiri Mega Star Arena bagi menyaksikan konsert yang dianggap sebagai kemuncak perjalanan seni Hafiz Suip.

Tiket boleh didapati menerusi laman rasmi Ticketmelon. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi SAH Entertainment melalui e-mel hello@sahentertainment.com.

*Harga tiket baharu konsert adalah seperti berikut:

Bahagiamu Deritaku: RM788 (harga lama) – RM588 (harga baharu)

Awan Nano: RM588 (harga lama) – RM358 (harga baharu)

Takdir Tercipta: RM488 (harga lama) – RM288 (harga baharu)

Ombak Rindu: RM388 (harga lama) – RM228 (harga baharu)

Ku Akui: RM288 (harga lama) – RM188 (harga baharu)

Matahari: RM188 (harga lama) – RM148 (harga baharu)

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button