Cerita ArtisHiburan

“Dengan Kos 600 Ribu, Saya Mampu Hasilkan Filem Ini” – Liyana Jasmay

Setiap filem yang dihasilkan sudah pasti tidak melalui fasa yang mudah apatah lagi ketika mengalami kekangan bajet yang tidak mencukupi.

Hal tersebut diakui oleh pelakon dan penerbit Liyana Jasmay apabila filem terbitan pertamanya iaitu Bella & Jamie telah dihasilkan dari tahun ke tahun bersandarkan modal sebanyak RM600 ribu.

Selain itu, Liyana turut mendedahkan, penghasilan filem tersebut tidak menggunakan sebarang dana mahupun sokongan daripada pihak luar.

“Filem ini tiada ‘back up’ dari mana-mana studio, tidak ada dana dari ‘funder’ dan seratus peratus daripada Mermaid studio.

“Filem ini usaha atas kaki saya sendiri dan saya tidak mahu terlalu selesa sebab hendak belajar dengan cara tersendiri.

“Bila kita dapat dana dari orang lain, kita akan mudah lupa diri. Kita akan rasa lebih senang belanjakan duit orang tetapi bila gunakan duit sendiri kita akan lebih peka dengan sesuatu produk yang akan kita hasilkan,” katanya kepada Kopiplanet.com

Liyana ditemui pada majlis tayangan media filem Bella & Jamie di GSC Pavillion, Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, walaupun mempunyai bajet tertentu, Liyana mengatakan dirinya masih mampu menghasilkan sebuah filem, menghasilkan bunyi yang baik serta warna yang baik. Hal tersebut dikatakan bergantung kepada pendirian syarikatnya.

“Dengan kos RM600 ribu, saya mampu hasilkan filem ini. Kalau saya ada RM1 juta, mungkin saya akan terbitkan lebih banyak filem yang lebih bagus selepas ini,” ujarnya.

Filem terbitan Mermaid Studio ini akan mula ditayangkan pada 31 Januari ini yang menampilkan watak seperti Liyana Jasmay, Juliana Evans, Izzue Islam, Dynas Mokhtar, Khir Rahman yang menceritakan mengenai hubungan persahabatan.

Artikel : Fatin Marzuki
Pelajar Praktikal Uitm Puncak Perdana

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button