
Di Sebalik Fraglab: Dari Impian Kecil ke Haruman Bertaraf Global
Bila berbicara tentang produk tempatan, khususnya dalam kategori wangian, persepsi negatif sering muncul seperti bau tidak tahan lama, kualiti tidak setanding, atau dianggap sebagai pilihan kedua berbanding jenama antarabangsa.
Namun, pasangan suami isteri Mohammed Amir Aizat Jafree dan Noor Azureen Abdul Latif memilih untuk mencabar tanggapan tersebut melalui jenama FRAGLAB Official Malaysia.
Perjalanan mereka bermula jauh lebih awal daripada kelahiran jenama ini. Pada tahun 2007, Aizat memulakan langkah sebagai agen perfume tempatan ketika trend wangian sedang meningkat.
Walaupun hanya menjual set kecil, pengalaman itu menanam impian untuk menghasilkan haruman yang mampu membawa identiti sendiri, bukan sekadar sebagai tiruan atau alternatif ringkas.
Menjelang 2024, berdasarkan pemerhatian terhadap trend pengguna yang semakin memilih pilihan wangian premium pada harga lebih berpatutan, FRAGLAB mula dikenali sebagai Malaysia’s Luxury Dupe Perfume House.
Setiap wangian diinspirasikan daripada aroma antarabangsa bernilai tinggi, namun diolah dengan sentuhan karakter baharu untuk memberi keaslian dan personaliti tersendiri.
Kini, FRAGLAB bergerak setapak lagi dengan memperkenalkan koleksi FRAGLAB Creation iaitu siri haruman asli sepenuhnya yang dihasilkan melalui pemilihan nota bau yang teliti melibatkan elemen floral, fruity, woody dan amber.

Koleksi ini dibangunkan selepas kajian mendalam terhadap citarasa pemakai tempatan serta melalui kerjasama rapat dengan pasukan chemist dalaman.
“Matlamat kami adalah untuk menghasilkan pengalaman olfaktori yang menggambarkan personaliti pemakai, bukan sekadar mencipta wangian.
“Kami yakin karya tempatan juga mampu menepati standard kemewahan dan kualiti antarabangsa,” kata jurucakap FRAGLAB.
Pertumbuhan FRAGLAB tidak berlaku sekelip mata. Ia bermula dengan satu meja dan dua kerusi, di mana pasangan ini turun padang sendiri untuk memperkenalkan wangian mereka secara bersemuka.
Strategi ini bukan sahaja membina keyakinan pelanggan, malah membuka jalan kepada pembentukan kiosk FRAGLAB di Putrajaya, penyertaan dalam acara komuniti, serta permintaan dari pasaran luar seperti Singapura dan Filipina.
Selain penjualan dalam talian, FRAGLAB turut mengekalkan hubungan bersama komuniti secara langsung melalui penyertaan di Lorong Belakang Cyberjaya setiap Jumaat hingga Ahad.

Di sini, hadir konsep mencuba sebelum memilih, termasuk beberapa edisi terhad yang hanya ditawarkan di lokasi tersebut.
“Untuk pembelian secara dalam talian pelanggan boleh direct message (DM) akaun Instagram @fraglabmy atau menghubungi nombor telefon admin kami 0192821494,” ujarnya.
Walaupun terus berkembang, misi FRAGLAB kekal jelas: mengangkat produk tempatan ke peringkat antarabangsa.
“Kami ingin membawa identiti harum Malaysia ke peringkat global. Sokongan terhadap produk tempatan bukan hanya tentang membeli, tetapi tentang memberi ruang kepada karya anak bangsa berdiri sama tinggi dengan jenama luar,” tambah mereka. – KopiPlanet.com



