Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanifiah tampil mempertahankan dirinya setelah ramai yang menuduh suara dalam video lama ketika dia bermain golf adalah milik Shuib yang ketika itu masih bergelar suami kepada Allahyarhamah Siti Sarah.
Dalam satu posting di akaun Instagram miliknya, Watie turut mendedahkan gambar serta video sebenar yang kononnya milik Shuib ketika dia bermain golf pada tahun 2019.
“Jarang berkata2 tapi kini sudah tiba masa…. Islam tidak menghalalkan cara tapi setelah 2 hari berfikir & meminta petunjuk akhirnya saya terpaksa mengambil keputusan yg sebegini…
“Setelah hampir 4 tahun berumahtangga, 4 tahun menyimpan segala rasa, saya rasa sudah tiba masanya utk saya mempertahankan diri… Kerana saat ini ianya bukan lagi tentang saya seorang tetapi lanya melibatkan harta dunia akhirat saya ‘anak-anak,” ujarnya.
Kontroversi berkenaan muncul semula berikutan perbalahan yang berlaku antara Shuib dan rakannya iaitu Jep, sehingga ada netizen yang turut membangkitkan semula isu sehingga dituduh skandal kepada Shuib yang masih lagi berstatus suami.
Dalam luahan tersebut, Watie akui mempunyai kekurangan dan mempunyai aib di masa lalu, namun dirinya telah berubah setelah berumah tangga.
“Dulu walau apa sahaja tohmahan & hinaan pada saya, saya terima dan tidak pernah ingin melawan apatah lagi membahaskan. Kerana saya tahu saya juga punya kekurangan, punya aib di masa lalu yg masih lagi Allah simpan.
“Tetapi setelah berumah tangga, mempunyai sebuah keluarga & menjadi ibu kepada 5 anak, sangat-sangat mengubah diri saya. Kerana ianya memberi erti yg sangat mendalam,” jelasnya.

Screenshot 
Screenshot
Dalam pada itu, Watie juga menegaskan langsung tidak pernah mengenali Shuib sejak arwah Siti Sarah masih lagi hidup.
“Kini saya tidak mampu lagi untuk menjadi insan yg hanya berdiam diri bila ianya melibatkan perasaan anak2 saya & juga melibatkan arwah ibu pada anak2 saya.
“Kebenaran yg ingin saya katakan adalah, saya dan suami tidak pernah mengenali antara satu sama lain dari sejak arwah masih hidup,” ujarnya.
Sementara itu, Watie juga menegaskan bahawa suaminya langsung tidak pernah mengenali Eddy Kana, meskipun kedua-keduanya pernah terkait dengan masalah sama.
“Suami saya juga tidak permah mengenali Eddy Kana walaupun sebelum itu mereka pernah dikaitkan dengan masalah yg sama…
Dan selepas saya mengenali Suami yg bukan dari sesiapa, saya sendiri pernah bertanya kepada Eddy Kana adakah dia mengenali suami saya secara peribadi…
“Dan dari mulutnya sendiri dia mengatakan tidak pernah mengenali & ada apa-apa hubungan bisnes dgn suami saya’,” ujarnya.
Pada masa sama, dia menyatakan segala bukti yang diberikan bukanlah bermakna mahu menunjukkan dirinya seorang yang suci.
Jelasnya, dia berharap dengan pendedahan yang dibuat ini, segala tohmahan yang dibuat terhadap dirinya akan terhenti.
“Dengan memberi bukti ini bukan bermakna menunjukkan saya org yg lebih baik @ suci.. Tetapi saya mengharapkan semoga selepas ini segalanya akan terhenti disini…
“Dan bukan bermakna Allah jauhkan saya dari teman lama kerana mereka tidak baik buat saya tetapi mungkin pilihan untuk saya meninggalkan dunia hiburan bersama teman saya demi ‘Sebuah Rumahtangga’ itu menjadi asbab utk saham saya di akhirat.
“Jangan lah hanya memandang saya atau suami sahaja tapi pandanglah anak2 saya juga,” ujarnya. – KopiPlanet.com




