• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Dijangkiti Influenza A, Neelofa Mohon Maaf Terpaksa Batal Temujanji

Pengacara dan pelakon popular, Neelofa memohon maaf kepada semua pihak apabila terpaksa membatalkan semua temujanji yang telah diaturkan.

Menerusi satu kenyataannya di laman Facebook rasmi miliknya, ia terpaksa dilakukan setelah dia dijangkiti Influenza A sebaik pulang daripada mengerjakan ibadah haji.

“Assalamualaikum… sebaik pulang daripada Arab Saudi saya telah dijangkiti Influenza A dan terpaksa dikuarintin selama seminggu.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua pelanggan, rakan kongsi dan sesiapa sahaja yang telah mengaturkan temujanji dengan saya pada minggu ini,” jelasnya.

Sebelum ini, pengacara MeleTOP itu mengerjakan ibadah haji buat kali yang kedua bersama dua adik lelaki dan ibunya pada awal bulan ini. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend