
Dikaitkan Isu ‘Comolot’ Bersama Pelakon Wanita, Hazeeq Dean Akui Tidak Tahu… Enggan Komen Demi Jaga Privasi
Pelakon yang semakin meningkat naik, Hazeeq Dean menegaskan dia tidak mengetahui mengenai isu ‘comolot’ (bercium mulut) yang dikaitkan dengan dirinya bersama seorang pelakon wanita.
Hazeeq berkata, buat masa ini dia enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut demi menjaga privasi semua pihak.
“Saya langsung tidak tahu apa-apa tentang isu yang diperkatakan ini sebab mahu lebih fokus kepada kerjaya seni dan perniagaan saya yang semakin berkembang.
“Jadi, saya tak boleh nak berikan sebarang komen untuk menjaga privasi sendiri dan orang lain. Saya pun tidak mengiyakan atau menafikan apa yang berlaku,” jelasnya.
Hazeeq berkata demikian ketika ditemui media semasa majlis pelancaran drama terbaharu berjudul Safira Bukan Nama Sebenar yang berlangsung malam tadi.
Sebelum ini, tular foto dua pelakon yang dikatakan sedang bercinta didakwa melakukan aksi tidak senonoh ketika mengambil gambar di photobooth sebuah pusat membeli-belah.
Selain Hazeeq, nama pelakon wanita yang dikaitkan dengan foto ‘comolot’ tersebut adalah Dayang Areeda, namun telah dinafikan olehnya.
Dalam pada itu, Haziq memberitahu bahawa dia tidak mampu untuk menghalang apa sahaja isu yang menjadi voral di media sosial.
Sebaliknya, dia lebih berminat untuk perkara yang memberi manfaat kepada dirinya serta memperbaiki lagi mutu lakonannya.
“Kalau ada sebarang isu yang timbul sehingga menjadi viral, saya tak boleh nak beri sebarang komen. Lagipun kita tiada hak nak menutup mulut atau halang orang lain untuk berkata apa sahaja,” ujarnya.
Ketika ditanya mengenai status hubungannya dengan Dayang Areeda, pelakon itu juga tidak mahu memberikan sebarang komen kerana merasakan ia terlalu peribadi untuk dikongsi kepada umum.
“Pasal status menjalinkan hubungan cinta itu, ia terlalu peribadi untuk diperkatakan sekarang. Kalau dah bersedia nanti, barulah saya akan kongsikan kepada semua,” jelasnya. – KopiPlanet.com



