HiburanSelebriti

Dikecam Gara-Gara Lagu ‘Aku Nak Kawin’, Kelly Azman Dah Lali Dengan Tohmahan

Personaliti versatil Kelly Azman tampil mempertahankan karya terbaharunya selepas menerima pelbagai reaksi di media sosial susulan pelancaran lagu cover “Aku Nak Kawin”, nyanyian asal Andi Bernadee.

Video yang dimuat naik di platform media sosial Kelly semalam telah mengundang pelbagai komen daripada netizen. Walaupun terdapat segelintir pihak yang melontarkan kritikan dan kata-kata negatif, Kelly menegaskan beliau tetap akan terus berkarya dan menghasilkan kandungan hiburan untuk peminat.

“Ini hanyalah hiburan. Semua orang dalam industri menerima karya saya. Saya menghormati setiap pandangan, tetapi saya juga berhak untuk berkarya dan berkongsi kreativiti saya dengan orang ramai,” katanya.

Menurut Kelly, lagu “Aku Nak Kawin” merupakan projek cover song terbaharunya yang dihasilkan sebagai satu bentuk hiburan dan penghargaan terhadap karya asal.

“Di Malaysia, mungkin tidak ramai yang berani melakukan apa yang saya lakukan. Saya tampil dengan gaya saya sendiri dan saya selesa dengan identiti itu.”

Kelly turut berharap orang ramai tidak terlalu serius dalam menilai kandungan yang dihasilkannya.

“Kepada semua netizen, jangan terlalu serius. Ini hanyalah hiburan semata-mata. Tidak perlu menilai saya secara berlebihan kerana tujuan saya hanyalah untuk menghiburkan.”

Tambahnya lagi, beliau sudah lama berdepan dengan pelbagai kecaman di media sosial dan menganggap ia sebagai sebahagian daripada perjalanan dalam dunia hiburan.

“Saya sudah lali dengan tomahan dan kecaman. Saya memilih untuk terus positif dan menghasilkan karya buat mereka yang menghargainya.”

Kelly Azman berkata beliau akan terus menghasilkan lebih banyak kandungan kreatif dan berharap karya-karyanya dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira pandangan atau persepsi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button