Cerita ArtisHiburan

Disangka Sudah Bertunang Dengan Amelia Christie… Rupa-Rupanya Sharnaaz Ahmad ‘Game’ Peminat & Rakan-Rakan

Sebelum ini, dunia hiburan digemparkan dengan sekeping foto yang memaparkan pelakon Sharnaaz Ahmad bersama anaknya, Jebat Jayden duduk di atas pelamin dengan lengkap berbaju Melayu.

Sehinggakan ramai yang menyangka pelakon berkenaan sudah mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya iaitu Amelia Christie.

Bagaimanapun, menerusi satu posting video yang dimuatnaik oleh Sharnaaz di akaun Instagram miliknya telah menjawab segala persoalan.

“Akhirnya, hari yang ditunggu tunggu telah tiba. Maaf Ya,” tulisnya.

Namun begitu, video berkenaan menunjukkan pelakon berkenaan bersama anaknya mempromosikan sebuah produk kesihatan.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen di video berkenaan, rata-rata rakan artis dan peminat menyatakan mereka telah kena ‘game’ dengan Sharnaaz. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button