Cerita ArtisHiburan

DJ Dave Selar Pihak Sebar Berita Palsu Kematian AR Badul

Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT), Datuk DJ Dave telah menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita berkaitan kematian pelakon dan pelawak terkenal AR Badul.

Menurut DJ Dave, susulan penyebaran berita palsu berkenaan, beliau mendapat banyak panggilan telefon dan mesej bertanyakan mengenai perkara tersebut.

“Satu sikap yang tidak baik apabila ada pihak yang sebarkan berita palsu berkaitan kematian AR Badul. Baru sebentar tadi saya sendiri bercakap dengan AR Badul.

“Dia sudah keluar hospital dan keadaannya sudah semakin baik. Sekarang AR Badul sedang berehat di kampung di Pahang sesudah beberapa hari keluar dari Institut Jantung Negara (IJN),” kata DJ Dave menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan supaya penyebaran cerita tidak benar itu dihentikan segera dan menyatakan untuk sesebuah berita kematian, ia perlu disahkan oleh anggota keluarga sendiri.

“Jika tidak sahih berita itu, janganlah kita tulis di media sosial mahupun bercerita kepada pihak lain. Cerita tidak betul seperti ini akan menimbulkan panik kepada orang lain.

“Ini akan menyebabkan perasaan artis itu sendiri tercalar,” nasihat Dave yang turut melawat AR Badul di IJN pada Isnin lalu.

AR Badul telah menjalani pembedahan angiogram di IJN pada Ahad lalu dan dijangka akan sekali lagi menjalani pembedahan kedua pada awal Mac ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button