• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Dompet Donghae Hilang, Pemandu Uber Pulangkan Semula

Penyanyi Kumpulan Super Junior Lee Donghae telah kehilangan dompet sewaktu berada di Chile, Amerika Selatan, baru-baru ini.

Menerusi laman Instagram milik Donghae, dia meluahkan rasa cemas kerana sedar akan kehilangan dompet selepas mengadakan konsert SM Town dan seterusnya bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut bersama rakan-rakannya.

“Pada hari terakhir saya di Chile, ketika saya menempah Uber dengan Eunhyuk dan Siwon. Kemudian saya telah tertinggal dompet saya di dalam kereta.

“Saya cuba untuk mendapatkan dompet berkenaan setelah menyedari kehilangannya. Jika anda semua jumpa dompet saya, berikan kepada saya apabila saya kembali lagi,” tulisnya.

Ternyata rata-rata peminat setia Donghae sangat prihatin sehingga sanggup menghubungi pemandu Uber berkenaan setelah mencari ID mengenainya.

Sementara itu, pemandu Uber tersebut telah menulis komen yang mengatakan dia tidak akan mengambil atau menyimpan barang bukan kepunyaan miliknya.

Kemudian, Donghae mendapati bahawa pemandu Uber sebenarnya telah mengembalikan dompet tersebut kepada kakitangan lapangan terbang dan dia sangat berterima kasih kepada pemandu yang jujur itu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend