FilemTerkini

Dua Pelakon Hollywood Bintangi Filem Seram Realms

Dua pelakon Hollywood, Ryan Kelley dan Madison McKinley merupakan antara pelakon yang membintangi filem seram Thailand, Realms yang bakal memulakan tayangannya di Malaysia pada 18 Januari ini.

Ryan yang memegang watak Bobby dalam filem ini merupakan seorang aktor yang cukup popular di Amerika Syarikat.

Aktor ini pernah membintangi drama bersiri popular Teen Wolf selain membintangi dua episod drama Smallville pada tahun 2002.

Bakat pelakon kelahiran Illinois ini pernah dijulang apabila dia berjaya memenangi Independent Spirit Award di atas lakonan cemerlangnya menerusi filem Mean Creek pada 2004.

Antara filem-filem Hollywood yang pernah dibintangi aktor berusia 32 tahun ini adalah seperti War Pigs, Still Green, Letters from Iwo Jima dan The Dust Factory.

Sementara itu, pelakon gandingan Ryan dalam filem Realms iaitu Madison McKinley bukan calang-calang orangnya juga.

Madison pernah membintangi drama bersiri popular Netflix iaitu Orange Is The New Black malah turut berlakon di sampai aktor terkenal, Leonardo DiCaprio menerusi filem The Wolf of Wall Street pada 2013.

Aktres kelahiran Colorado, Amerika Syarikat ini juga pernah berkongsi satu ‘frame’ dengan pelakon Cameron Diaz dan Don Johnson menerusi filem The Other Woman.

Untuk tahun ini, filem yang menggandingkannya dengan Ryan bakal ditayangkan setelah menjalani penggambaran di Bangkok, Thailand tahun lalu.

Menerusi filem terbitan kerjasama Film Frame Productions dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi Studios (FiTa Studios) itu, Ryan dan Madison memainkan peranan sebagai pasangan kekasih yang merompak bank dalam misi memburu kekayaan dengan cara yang mudah.

Namun, pelbagai kejadian pelik yang berlaku sehingga menyebabkan mereka dan tiga lagi orang asing terperangkap dalam sebuah rumah agam usang di sebuah hutan.

Dapatkah mereka melarikan diri daripada kejahatan yang dilakukan mereka sendiri? Sama-sama nantikan Realms yang akan ditayangkan bermula 18 Januari ini! – KopiPlanet.com

Sinopsis

Semuanya bermula apabila Bobby Prospero (Ryan) dan teman wanitanya yang ketagihan dadah, Jewel (Madison) berjaya meloloskan diri daripada huru-hara kejadian rompakan yang dicetuskan mereka. Mereka turut membawa bersama sejumlah wang tunai dan seorang lelaki, Chaow (Golf), yang tidak semena-mena berkhidmat sebagai pemandu percutian mereka.

Oleh kerana ugutan dengan pistol yang diletakkan di kepalanya serta tidak ada pilihan yang realistis, Chaow terperangkap dan perlu mengikuti setiap arahan sehinggalah semuanya selesai.

Mereka kemudiannya memilih untuk berehat seketika di sebuah rumah terpencil di dalam hutan sehinggalah menemukan mereka dengan dua rakan kuliah yang turut dijadikan tebusan, Leslie (Praya) dan Brooke, yang terlibat dalam kemalangan kereta yang teruk di tempat persembunyian mereka.

Disebabkan sikap Bobby yang tidak sabar, mereka semua terpaksa untuk terus berada di lokasi misteri tersebut untuk sepanjang malam. Tetapi semua yang terjadi tidak seperti yang dirancang dan perjalanan sepanjang malam di rumah itu terus membuatkan masing-masing mula percaya rumah itu mengungkap lebih banyak rahsia di dalam setiap biliknya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button