Cerita ArtisHiburan

Duka Single Pengenalan Rapper Dany Seth Tawan Industri Hiburan

Ingin meluaskan bakatnya sebagai seorang rapper, Dany Seth atau nama sebenarnya, Muhammad Danial Wazilah tampil dengan single pengenalannya yang diberi judul Duka.

Bernaung di bawah Map Music, Duka merupakan hasil ciptaan Syko G dan Jack Jafni (Positive Recordings) manakala liriknya merupakan sentuhan bersama Dany dengan Syko G dan Jack Jafni.

“Lagu ini menceritakan tentang kekecewaan dalam kehidupan yang sering dilanda dugaan tanpa henti. Namun, atas kesabaran yang tinggi, kita cuba melawan dengan kata-kata positif.

“Segala perit yang dihadapi harus ditempuh dan kekuatan adalah datang dari diri sendiri dan terus berdoa untuk kebaikan demi meneruskan kehidupan,” jelas Dany.

Duka kini sudah boleh didapati menerusi semua pelancar muzik digital seperti Spotify, Joox, Kkbox dan iTunes. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button