Cerita ArtisHiburan

Eddie, Black Buat Kejutan… Umum Tinggalkan Kumpulan Wings Berkuatkuasa Serta-Merta

Dua anggota kumpulan Wings, Eddie dan Black mengumumkan mengundurkan dari daripada kumpulan Wings berkuatkuasa serta merta.

Perkara berkenaan diumumkan dalam satu siaran akhbar yang diberikan kepada pihak media pada malam ini.

“Kami, Azmi bin Hashim atau dikenali juga sebagai ‘Black Wings’ dan Samsaidi bin Ulong Idris atau dikenali juga sebagai ‘Eddie Wings’, telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari kumpulan WINGS berkuatkuasa serta-merta iaitu pada hari ini, Rabu bertarikh 8.10.2025. 

“Dengan ini kami juga ingin memaklumkan bahawa kami tidak akan terlibat dalam ‘Konsert WINGS 40 Tahun Celebration’ yang dijadualkan berlangsung pada 28hb November 2025 di Kuala Lumpur dan 24hb Disember 2025 di Singapura nanti,” ujar kenyataan berkenaan.

Eddie merupakan pemain bass, manakala Black pula adalah pemain dram dan telah menganggotai kumpulan berkenaan sejak tahun 80-an. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
2
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button