AntarabangsaHollywood

Elak Bayar Cukai, Bekas Kekasih Leonardo DiCaprio Didenda

Bekas kekasih aktor Leonardo DiCaprio, Bar Refaeli didenda melakukan kerja khidmat komuniti selama sembilan bulan selepas didapati bersalah mengelak membayar cukai pendapatan.

Model berusia 35 tahun itu dijatuhkan hukuman berkenaan selepas kesnya bersidang Sabtu lalu.

Ibu Bar, Tzipi Refaeli yang juga merupakan pengurusnya dijatuhkan hukuman penjara selama 16 bulan berhubung dakwaan sama.

Bar dan ibunya bersuhabat memalsukan dokumen bagi mengelak daripada membayar cukai pendapatan. Bar sebelum ini dilaporkan pernah meraih pendapatan tahunan sebanyak RM41 juta (AS$10 juta).

Menerusi permohonan rayuan mereka, pihak mahkamah telah mengarahkan Bar dan ibunya membayar denda sebanyak RM6.2 juta (AS$1.5 juta) untuk cukai-cukai tertunggak sebelum ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button