HiburanRancangan TV

Elak Kontroversi, Finalis Dewi Remaja Dikuarantin Dalam Rumah Khas

Susulan kontroversi melibatkan peserta Dewi Remaja tahun lalu, pihak penganjur telah menetapkan beberapa peraturan baharu bagi mengelakkan isu serupa daripada timbul semula.

Menurut Editor Pengurusan Remaja, Fizreen Ahmad, 12 peserta yang terpilih pada tahun ini akan dikuarantin di sebuah rumah khas sepanjang program itu berlangsung kelak.

“Dewi Remaja Edisi 2019/2020 menyaksikan kesemua peserta akan dikuarantin selama 54 hari di sebuah rumah khas. Mereka juga akan dipantau dalam menguruskan media sosial bagi mengelakkan peristiwa lama daripada berulang.

“Untuk edisi kali ini, kami memilih peserta bukan hanya bersandarkan kepada kecantikan fizikal sebaliknya kami turut melihat tahap kebijaksanaan IQ dan EQ mereka.

“Kali ini kami memilih bukan berdasarkan mereka ini sudah ada ramai pengikut di laman sosial malah ada yang mempunyai jumlah pengikut yang tidak sampai 120 orang. Kami memang mahu mencari ciri-ciri Dewi Remaja yang bukan sahaja cantik tapi juga bijak agar dapat dijadikan ikon remaja di luar sana,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang media Dewi Remaja 2019/2020 yang diadakan di The Starling Mall, Damansara Utama semalam.

Tahun lalu, kejuaraan Dewi Remaja yang menobatkan Haneesya Hanee terpaksa ditarik balik selepas dia terlibat kontroversi apabila videonya sedang berhibur sambil berpesta arak di kelab malam bersama beberapa finalis lain tersebar.

Seramai 12 peserta dipilih daripada lebih 600 gadis yang menghadiri uji bakat dan mereka ialah Shatirah Amanda, 19, Andrianna Fernandez, 19, Nynaa Harizal, 23, Syamira Izzati, 22, Adriana Ghaafar, 21, Aishah Azhan, 24, Sharlina Gilbert, 23, Nina Amin, 23, Shaza Nuriman, 24, Myra Natasya, 24, Saidah Syahirah, 23, dan Syaza Azra, 19.

Dewi Remaja edisi ke-10 ini bakal bersiaran setiap hari Sabtu, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) bermula 26 Oktober ini.

Bekas juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha Al-Yahya diberi mandat menjadi juri tetap bersama Yusry Abdul Halim. Program itu akan dihoskan selebriti jelita, Amelia Henderson. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button