Cerita ArtisHiburan

Elfira Loy Umum Kehamilan Selepas Dapat Keizinan Suami

Pelakon Elfira Loy akhirnya telah menamatkan tanda tanya peminat apabila mengumumkan yang kini dirinya sudah berbadan dua.

Menurut Elfira, sebelum ini dia tidak mahu mengumumkannya kepada umum kerana usia kehamilannya masih lagi baharu dan berharap agar peminat terus mendoakannya.

“Saya tak sangka rezeki untuk mendapatkan cahaya mata agak awal memandangkan saya baru berkahwin empat bulan. Namun sudah tentu ia perkara yang paling menggembirakan buat saya dan suami.

“Suami pun tidak sangka untuk mendapatkan cahaya mata secepat ini. Malah, hari ini pun saya umumkan kehamilan kepada umum setelah mendapat keizinan daripada suami,” ujarnya.

Dia berkata demikian ketika ditemui media sewaktu pelancaran Elfiraloy X MC Vogue Lebaran Raya 2019 Collection yang berlangsung semalam.

Elfira dan suaminya, Muhammad Faris Khairol Anuar telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu setelah bertunang selama beberapa bulan.

Menurut pelakon berkenaan, dia akui tidak menyangka dirinya sudah berbadan dua dan hanya mengetahui yang dirinya hamil ketika sibuk menjalani penggambaran drama.

Ujarnya, dia tergerak untuk menjalani pemeriksaan doktor untuk mendapatkan kepastian setelah agak lama tidak datang bulan.

Dalam pada itu, Elfira juga memberitahu buat masa sekarang ini dia tidak akan menerima sebarang tawaran lakonan.

“Untuk kerjaya lakonan pula, saya akan berehat buat seketika. Malah, sewaktu menjalani penggambaran semasa awal kehamilan pun saya dah rasa terlalu penat dan terpaksa kuatkan diri,” jelasnya.

Ditanya mengenai usia kehamilannya pula, pelakon tersebut enggan mendedahkannya. Namun, dia dijangkakan akan melahirkan cahaya mata sulung pada hujung tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button