
Saluran radio Suria FM mengumumkan Elly Arifin sebagai penyampai baharu segmen pagi, Morning Morning Suria bersama Ajak dan Fad yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 6 pagi hingga 10 pagi.
Pengurus Besar Suria FM, Puan Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin berkata, Elly dikenali sebagai figura yang ceria, berkarisma serta mempunyai personaliti yang tersendiri.
“Elly yang petah berbicara pastinya akan memberikan sentuhan baharu serta sudut pandang (POV) yang segar dan berbeza kepada segmen Morning Morning Suria.
“Kami sangat teruja menyambut kehadiran Elly ke Suria FM. Personalitinya yang mesra dan versatil akan menambah dinamik unik dalam segmen ‘Morning Morning Suria’,” ujarnya.

Menurut DJ Lin, pihaknya percaya kombinasi Ajak, Fad dan Elly akan menjadi tarikan utama untuk pendengar memulakan pagi dengan lebih ceria.
Pada masa sama, DJ Lin juga memaklumkan Suria FM akan terus komited memberikan hiburan berkualiti tinggi juga berinformatif yang dekat di hati rakyat Malaysia.”
Maklumat lanjut, layari laman web Suria suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia:
Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l X: @suria_malaysia. – KopiPlanet.com