Cerita ArtisHiburan

Elvina Mohamad Alami Gangguan Seram, Rasa Seperti Ditindih Sewaktu Sedang Tidur

Pelakon popular, Datin Elvina Mohamad mengakui dia mengalami gangguan seram seperti rasa ditindih sewaktu sedang tidur ketika menjalani penggambaran filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam.

Elvina berkata, kejadian tersebut berlaku terhadap dirinya beberapa kali sehingga membuatkan dia seperti sukar untuk bernafas.

“Boleh dikatakan sepanjang menjalani penggambaran filem Waruga, memang berlaku kejadian pelik. Antaranya ditindih ketika tidur.

“Apabila pulang ke rumah selepas penggambaran saya rasa ditindih dan ia berlaku beberapa kali. Keadaan itu buatkan saya sukar untuk bernafas.

“Selain itu, saya juga seakan-akan ternampak bayangan berwarna hitam. Itu antara pengalaman yang saya lalui apabila kali pertama berlakon dalam filem seram,” ujarnya.

Elvina berkata demikian ketika ditemui pihak media semasa majlis tayangan perdana dan sidang media filem Waruga: Kutukan Ilmu Hitam yang berlangsung baru-baru ini.

Bercerita lebih lanjut mengenai pembabitannya dalam filem berkenaan, pelakon itu mengakui bukanlah seorang penggemar filem seram kerana dirinya penakut.

Bagaimanapun, Elvina menyatakan dia bersetuju untuk membintangi Waruga kerana mahu mencabar dirinya sebagai seorang pelakon.

“Kalau diikutkan saya memang ada menerima beberapa tawaran berlakon naskhah seram, tetapi saya tidak pernah terima kerana saya seorang yang penakut.

“Cuma untuk filem Waruga ini, saya tertarik dengan jalan ceritanya serta barisan pelakon yang hebat. Selain itu, saya nak cabar diri saya berlakon dalam filem seram,” jelasnya.

Filem ‘Waruga: Kutukan Ilmu Hitam’ arahan Azaromi Ghozali ini bakal menemui penonton di seluruh panggung wayang bermula 15 Februari ini.

Selain Zahiril, antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini termasuklah Datin Elvina Mohamad, Eriza Allya, Sahronizam Noor dan Ruminah Sidek. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button