Cerita ArtisHiburan

Elvina Tampil Lebih Matang Selepas Kontroversi Yang Melanda Suami

Pelakon Datin Norzalina Mohamad atau lebih mesra dengan panggilan Elvina Mohamad, 24, mengambil ikhtibar dengan mematangkan diri setelah dilanda kontroversi yang melibatkan suaminya ketika masih berpantang anak pertama mereka pada 1 Disember lalu.

Menurut Elvina, 24, setiap perkara yang terjadi terhadap diri serta suaminya mempunyai hikmah yang tersendiri, malah mengeratkan lagi hubungan di antara meraka selepas kejadian tersebut.

“Setelah isu ini timbul, ia telah menjadikan saya lebih matang dalam menghadapi apa jua dugaan. Setelah kehadiran Karl Marteen, kehidupan rumah tangga kami lebih ceria dan bahagia. Kami juga sekarang mempunyai tanggungjawab sebagai ibu bapa.

“Saya tidak suka memanjangkan perkara ini dan mahu menyelesaikannya secara baik di antara suami dan wanita berkenaan dengan memaafkan kedua-dua belah pihak,” kata Elvina kepada KopiPlanet.com

Elvina ditemui ketika majlis akikah dan kesyukuran putera sulung mereka yang berlangsung di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong, semalam.

Terdahulu, suami Elvina, Datuk Haniff Borhan menjadi viral apabila rumah tangganya dikatakan goyah akibat diganggu pihak ketiga dan ketegangan tersebut turut berpanjangan apabila Elvina memuat naik luahan perasaan di InstaStory peribadinya.

“Saya menggunakan media sosial dengan bertindak memuat naik status di InstaStory kerana perasaan marah yang membuak-buak. Wanita itu (Fify Razak) telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan cuba meraih simpati kepada netizen.

“Apa yang pasti selepas kejadian tersebut, hubungan saya dan suami semakin erat dan kami lebih mengenali antara satu sama lain.

Terbaharu Elvina akan mula kembali aktif belakon pada Mac depan menerusi drama Geng Mak Mak yang turut menampilkan beberapa barisan pelakon lain seperti Sazzy Falak dan Fatin Afifah. -KopiPlanet.com

Artikel: Fatin & Syafiqah
Pelajar Praktikal Uitm Puncak Perdana

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button