
Cerita ArtisHiburan
Emma Maembong Sah Bersalin Cahaya Mata Lelaki Pada 8 November Lalu
Desas-desus mengenai kisah pelakon Emma Maembong yang dikatakan sudah bersalin akhirnya terjawab apabila dia disahkan sudah bersalin pada 8 November lalu.
Perkara tersebut dikongsikan oleh suaminya, Muhammad Shazli Azhar menerusi Instagram miliknya.
“Alhamdulillah 8/11/20 Allah is the greatest,” kongsinya bersama gambar Emma dan anak mereka.
Sebelum ini, timbul khabar angin bahawa pelakon berkenaan sudah bersalin, namun tiada sebarang pengesahan yang dibuat oleh Emma dan ahli keluarga lain. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
+1
2
+1
+1
1
+1
+1
+1