• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Enam Lagu BTS Masuk Senarai Iringi Perjalanan Angkasawan Ke Bulan

Baru-baru ini Johnson Space Center di Pentabiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) meminta bantuan menerusi pengikut di akaun Twitter rasmi mereka untuk cadangan lagu-lagu yang akan dimasukkan dalam senarai ketika mengiringi perjalanan angkasawan ke bulan pada masa akan datang.

Ternyata lagu-lagu yang dicadangkan oleh orang ramai itu nanti akan dimasukkan dalam senarai menerusi Third Rock Radio.

Ketika cadangan tersebut dibuat, ramai peminat kumpulan KPop BTS dari pelbagai negara yang telah menyarankan beberapa lagu mereka seperti The Truth Untold, Fire dan Save dimasukkan dalam senarai berkenaan.

Melihat kepada maklum balas daripada BTS Army (kumpulan peminat), NASA akhirnya sepakat menambahkan tiga buah lagu lagi ke dalam senarai.

“Wow, ada ramai penggemar @BTS_twt & RM! Terima kasih untuk semua cadangan. Kami akan menambahkan tiga lagu BTS ‘Moonchild’, ‘Mikrokosmos’, dan ‘134340’ ke dalam playlist,” umum NASA di laman Twitter rasmi.

Secara umumnya, cadangan berkenaan akan mengambil masa selama empat minggu iaitu bermula pada 3 hingga 28 Jun dan orang ramai masih boleh memberikan cadangan lagu-lagu lain sebelum tamat tempoh.

Senarai yang sudah ditentukan itu nantinya akan disiarkan secara langsung oleh Third Rock Radio NASA pada tarikh 13 dan 14 Julai nanti. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend