EventHiburan

Radio Era Kini Tampil Dengan Imej Baru Yang Lebih Segar

Bermula pada 1 Januari lalu, stesen radio Era kini tampil dengan imej serba baharu yang lebih segar dan menarik untuk para pendengar.

Dengan penukaran logo baharu, ia menggambarkan kandungan radio berbahasa melayu nombor satu di Malaysia itu akan lebih memutarkan seleksi lagu-lagu yang mengikut arus semasa yang menjadi kegemaran masa kini.

Masih lagi mengekalkan identiti warna hijau, logo baharu itu kelihatan lebih energetik dan muda seperti mana golongan usia pendengar sasarannya.

Dengan barisan penyampai yang cukup berpengalaman, Era kini diterajui deejay seperti Johan, Ray dan Hanif menerusi segmen yang menjadi kegemaran ramai, JoHaRa Pagi Era.

Selain itu, barisan penyampai seperti Dina Nadzir, Hani Fadzil, Radin dan Jaa Suzuran turut menyerikan hari-hari anda dengan celoteh bersahaja mereka.

Jangan lupa ‘tune in’ 103.30 untuk kepuasan rentak muzik terkini yang maksimum! – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button