• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Fadzil Zahari Doakan Yana Samsudin Terus Istiqamah Dalam Berhijab

Suami kepada pelakon Yana Samsudin, 35, iaitu Fadzil Zahari, 36, menerusi akuan Instagramnya telah mendoakan agar isterinya terus beristiqamah dalam mengenakan hijab.

Perkongsian doa tersebut dibuat melalui ruangan kapsyen Instagram milik Fadzil yang dimuat naik menerusi gambar bertiga bersama isteri serta anak lelaki mereka iaitu Aisy Mateen.

“Ya Allah, Ya Tuhanku teruskan Istiqomah dalam diri kami. Teruskan istiqomah dalam diri isteriku agar kekal berhijab walau apapun cabaran menimpa. Walau aku masih ada atau sudah tiada di dunia ini. Amin”, tulis Fadzil.

Menerusi doa yang ditulis itu, rata-rata peminat tersentuh dan turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka dan mengharapkan Yana sentiasa mengekalkan imej bertudungnya itu.

Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 13 Februari 2015 dan pada tahun yang sama juga Yana telah mengenakan hijab. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend