Cerita ArtisHiburan

Farid Kamil Tawar Pemberian Bernilai RM319,700 Kepada Diana Danielle Dalam Usaha Mahu Selamatkan Rumah Tangga

Pelakon popular, Farid Kamil menawarkan isterinya, Diana Danielle pemberian bernilai lebih RM300,000 dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Farid menyatakan dengan pemberian tersebut ia dapat melembutkan hati isterinya.

“Saya, Farid Kamil Zahari dengan setulus hati di bulan Ramadan penuh barakah ini ingin menawarkan kepada isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson tawaran seperti berikut sebagai usaha saya menyelamatkan keluarga yang amat saya sayang.

“Saya amat berharap dengan tawaran yang membawa jumlah keseluruhan RM319,700 ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” ujarnya.

Menerusi kenyataan tersebut, antara yang ditawarkan adalah sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000 dan barangan kemas bernilai RM10,700.

Selain itu, antara perkara lain yang turut ditawarkan adalah wang pendahuluan nafkah (Mac-Jun 2023) bernilai RM40,000 serta bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah telah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000.

Pada bulan lalu, Diana telah menfailkan penceraian terhadap suaminya atas alasan tiada lagi persefahaman dań berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Bagaimanapun, Farid membuat keputusan untuk tidak melafazkan ceraikan isterinya itu dan masih mahu menyelamatkan rumah tangga mereka. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button