Cerita ArtisHiburan

Fasha Sandha ‘Meraung’ Tahan Sakit Akibat Kemalangan Ketika Penggambaran, Alami Kecederaan Parah Di Bahagian Mata Kiri

Pelakon popular Fasha Sandha terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan di bahagian mata kirinya akibat terjatuh ketika menjalani penggambaran drama berjudul Anak Tuan.

Dalam satu perkongsian di Instagram, tulang mata kiri pelakon itu patah selain bebola mata bengkak selepas terhentak di bucu katil yang tajam ketika menjayakan babak bersama pelakon Azhan Rani.

“Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set pengambaran Anak tuan TV3 pada 1 mac (pagi semalam). Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam.

“Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan bengkak dan sedang dirawat di Hosp pakar di Johor Bahru. Insyaallah akan berpindah ke Pakar KL petang ni atau esok pagi. Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak,” tulisnya.

Menerusi video yang dikongsi, pelakon berkenaan dilihat meraung menahan kesakitan sambil ditenangkan oleh salah seorang kru.

Dalam kenyataan yang sama, pihak produksi juga telah memohon maaf kepada pelakon berkenaan dan menyatakan kejadian yang berlaku adalah di luar jangkaan.

“Seperti yang ramai tahu kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Sy yakin kakak kuat. Pihak produksi telah memohon maaf pada kakak dan keluarga nya.

“Kata kakak, Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan ini terjadi di luar jangkaan kita. Insyaallah sy akan update lagi perkembangan dari semasa ke semasa. Terima kasih,” ujarnya.

Pada masa sama, suami Fasha menulis komen pada video tersebut dan meminta agar mendoakan isterinya agar cepat sembuh.

“Harap semua mendoakan agar isteri saya diberi kekuatan & cepat sembuh. Aminn,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button