• FOLLOW US
Event, Hiburan

Fattah Amin, Fazura Selebriti Jayakan Konsert The Singing Pizza

Pasangan suami isteri popular, Fattah Amin dan Fazura antara selebriti yang bakal menjayakan Konsert The Singing Pizza yang bakal berlangsung pada 19 Oktober ini bertempat di Auditorium Wisma Bentley, Mutiara Damansara.

Konsert yang mendapat kerjasama daripada Pizza Hut dan Universal Music Malaysia itu turut menampilkan Alvin Chong, rapper Aman RA dan bintang baharu, Shalma Eliana.

Selain selebriti-selebriti di atas, pengunjung juga akan dihiburkan dengan hiburan lagu MandaPop daripada duo ThomasJack dan Zen.

Persembahan itu merupakan acara kemuncak kepada kolaborasi menggabungkan makanan kegemaran rakyat Malaysia dengan muzik yang sentiasa berkembang mengikut arus semasa. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend