FilemTerkini

Filem Jebat Ubati Kerinduan Peminat-Peminat Drama Bersiri BKATC

Populariti drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) yang ditayangkan di Astro Mustika tujuh tahun lalu telah melonjakkan nama pasangan hero dan heroinnya, iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

Menggembalikan kegemilangan dramat tersebut, penerbitnya, Pena Creative Pictures kini tampil dengan naskhah kesinambungan menerusi filem Jebat.

Penerbit Eksekutif Jebat dan merangkap Ketua Pena Creative Pictures, Datuk Ziela Jalil berkata, beliau sungguh teruja untuk mempersembahkan filem terbitan pertama Pena Creative Pictures yang akan menemui penonton mulai 3 September ini.

“Menariknya, Jebat melibatkan kerjasama oleh tenaga-tenaga produksi yang hebat seperti Pengarah Fotografi Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28, Haris Hue Abdullah dan Editor Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27, Muhamad Adilan Azemi.

“Selain itu, ia turut menampilkan pelakon-pelakon yang berbakat besar seperti Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose (Pemenang Hero & Heroin Drama Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015) serta Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy,” ujarnya.

Menurut beliau, dengan kehadiran filem ini juga diharapkan dapat mengubati rindu peminat pada BKATC serta watak Jebat dan Mastura.

“Untuk naskhah kali ini, lebih banyak babak-babak romantik antara Jebat dan Mastura dipaparkan, selain turut menekankan elemen-elemen konflik menerusi jalan ceritanya,” jelas beliau.

> Baca: Zizan Dikecam Sebab Tinggalkan Komen ‘Lucah’ Pada Jennie Blackpink

Kisah Jebat bermula apabila Jebat dan Mastura menghabiskan masa bersama di luar negara sempena hadiah berbulan madu mereka. Tetapi, telah berlaku beberapa kejadian yang tidak disangka danmembuatkan Jebat mula risau.

Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena. Sebaik tiba di Malaysia, mereka masih diekori. Bagi melindungi Mastura, dia terpaksa kembali ke sarang gangster yang telah lama dia tinggalkan dan mendapati ada pihak yang ingin membunuhnya.

Jebat bakal menjengah pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai Khamis ini (3 September). Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button