• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Filem Kalank: Madhuri Dixit Akui Sukar Ganti Watak Sridevi

Pelakon Bollywood, Madhuri Dixit Nene yang lebih dikenali sebagai Madhuri Dixit mengakui sukar untuk menggantikan watak Sridevi setelah kematiannya pada 24 Februari tahun lalu.

Menurut Madhuri, 51, dia menerima tawaran membintangi filem Kalank yang sepatutnya dibawakan oleh mendiang Sridevi. Madhuri mengambil masa yang agak lama sebelum bersetuju kerana masih lagi bersedih di atas kematian rakan baiknya itu.

“Saya sangat terkejut ketika diberikan tawaran untuk memegang watak tersebut kerana saya masih lagi bersedih di atas kehilangan Sridevi. Tapi saya menerima hakikat yang pergi, harus pergi jua.

“Sebagai manusia, saya akui sukar untuk menanganinya dan sebagai pelakon juga, anda perlu tahu tentang peranan dan skrip masing-masing,” katanya.

Kalank adalah filem bergenre drama epik Hindi yang mengisahkan tentang percintaan sejati di antara empat pelakon utamanya.

Selain Madhuri, filem yang diarahkan oleh Abhishek Varman ini turut dibintangi Sonakshi Sinha, Alia Bhatt, Varun Dhawan, Aditya Roy Kapur dan Sanjay Dutt. Kalank akan memulakan tayangannya pada 19 April ini. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend