Filem

Filem Mencari Rahmat Inspirasi Daripada Karya Popular Oscar Wilde

Dua pelakon berbakat besar Namron dan Amerul Affendi sekali lagi digandingkan dan kali ini mereka bekerjasama menerusi naskah filem Mencari Rahmat yang diinspirasikan daripada karya popular pengarang novel Ireland, Oscar Wilde berjudul The Importance of Being Earnest.

Dilihat sebagai sebuah karya yang unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri ternyata telah memberi ilham kepada pengarah Al Jafree Md Yusop untuk menghasilkan Mencari Rahmat.

“Sebenarnya keinginan untuk menghasilkan filem ini timbul setelah saya membaca naskhah hasil karya Oscar Wilde ini pada tahun 1981.

“Saya menganggap bahawa naskhah The Importance Of Being Earnest ini ternyata sangat menarik, terutama sekali subjeknya sangat relevan dan begitu sesuai pada masa sekarang ini,” ujarnya.

Selain Namron dan Amirul, filem ini turut dibintangi bintang handalan lain seperti Nadia Aqilah, Sharifah Amani, Adibah Noor, Fauziah Nawi, Azman Hassan dan Eric Fuzi.

Menurut Al Jafree, dia amat menitik beratkan pemilihan pelakon yang mempunyai pengalamna luas dalam pentas teater.

“Watak-watak dan lakonan dalam filem ini menuntut mereka mempunyai pengalaman teater kerana dialognya yang panjang dan cara ‘blocking’ filem ini diambil.

“Jadi, agak sukar untuk membariskan pelakon-pelakon yang tiada pengalaman teater untuk membintangi filem ini,” jelasnya.

Mencari Rahmat akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 31 Disember ini.

Sinopsis Mencari Rahmat:

Razak seorang ahli perniagaan yang berjaya yang tinggal di Penang. Dia seorang yatim piatu yang diambil sebagai anak angkat oleh Tan Sri Omar dan Puan Sri Jamilah kerana mereka tiada anak lelaki. Apabila Tan Sri Omar dan isterinya meninggal dalam satu kemalangan Razak telah diwasiatkan menjaga cucu perempuannya Ratna, 19, yang juga telah kehilangan ibu dan bapanya.

Razak ialah seorang yang suka berfoya-foya, berparti liar tapi pada masa yang sama dia juga perlu menunjukkan teladan yang baik pada Ratna. Oleh itu dia mencipta seorang adik bernama Rahmat yang kononnya banyak masalah dan tinggal di Kuala Lumpur. Dia terpaksa selalu ke KL untuk menyelamatkan adiknya Rahmat. Itulah alasan Razak supaya dia dapat berparti di KL.

Azman pula ialah seorang pemuda yang juga yatim piatu. Dia dibela oleh makciknya Datin Azizah dan suaminya Datuk Zainal. Datin Azizah mempunyai seorang anak perempuan bernama Rose. Rose ialah teman wanita Razak.

Azman yang bosan duduk di rumah itu telah mencipta seorang kawan bernama Bunyamin. Mengikutnya Bunyamin selalu sakit dan dia terpaksa melawat Bunyamin untuk menjaganya. Ini adalah kerana Bunyamin pernah selamatkan nyawanya ketika sama-sama belajar di UK dulu. Itu pula adalah alasan Azman supaya dia boleh keluar dari rumah itu untuk berparti. Untuk mengetahui kisah selanjutnya tentang Razak dan Azman, jangan lupa saksikan filem Mencari Rahmat di pawagam seluruh negara pada 31 Disember depan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button