AntarabangsaKpop

G-Dragon Umum Bakal Sertai Khidmat Tentera

Ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon baru-baru ini memberi gambaran yang dia bakal berehat seketika daripada bidang seni.

G-Dragon membuat pengumuman itu ketika di akhir sesi persembahan konsert jelajah ACT III MOTTE di Taiwan.

“Selepas ini saya perlu ke suatu tempat untuk menjadi seorang lelaki sejati,” katanya di hadapan puluhan ribuan peminat.

Selain G-Dragon, tiga lagi ahli Big Bang iaitu Taeyang, Daesung dan Seungri turut dipercayai akan melaporkan diri untuk khidmat ketenteraan pada tahun hadapan.

Kumpulan paling popular K-Pop, Big Bang yang dianggotai (dari kiri), Top, Daesung, Taeyang, G-Dragon dan Seungri.

Seorang lagi ahli Big Bang iaitu Top sudah pun memulakan khidmat tentera pada Mei lalu.

Namun, tak sampai sebulan di kem, Top telah pun diusir keluar kerana disyaki mengambil dadah.

Setiap warga negara lelaki yang berusia 18 tahun ke atas di Korea Selatan diwajibkan menjalani khidmat tentera selama dua tahun. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button