AntarabangsaHollywood

Gadis 12 Tahun Juara America’s Got Talent

Seorang gadis berusia 12 tahun, Darci Lynne Farmer diumumkan sebagai pemenang program pencarian bakat America’s Got Talent pada tahun ini.

Muncul sebagai pemenang, Darci yang menarik perhatian ramai dengan aksi ventriloquism (seni bercakap tanpa menggerakkan bibir) berhasil membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD1 juta (RM4.18 juta).

Apabila diumumkan sebagai pemenang, gadis berkenaan yang tampil bersama patung kesayangannya itu mengakui sedikit terkejut dengan keputusan yang diumumkan.

“Saya tak sangka boleh menang kerana ramai lagi peserta di America’s Got Talent yang bagus-bagus dan sudah tentu saya tak percaya dengan kemenangan ini.

“Dengan duit kemenangan ini, saya ingin membelikan ibu mesin pencuci piring kerana mesin yang lama sudah rosak. Jadi, saya ingin ada mesin yang baru di rumah,” ujarnya ketika ditemubual The Hollywood Reporter.

Selain itu, gadis itu juga memberitahu ingin membela seekor anjing di rumahnya. Menurutnya, dia sudah lama ingin untuk membela anjing, tetapi ibu bapanya melarang sebelum ini.

“Aku teringin ada seekor anak anjing yang comel. Kini, aku ingin memeliharanya,” jelasnya yang kini sudah mendapat kebenaran untuk membelanya.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button