Cerita ArtisHiburan

Gambar Pernikahan Tersebar, Ungku Ismail & Nad Zainal Sah Sudah Berkahwin

Beberapa keping gambar yang tersebar akhirnya mengesahkan bahawa pasangan pelakon Ungku Ismail & Nad Zainal sudah pun bernikah.

Malah, pereka fesyen pakaian pengantin Seth & Luna turut memuatnaik video pasangan berkenaan di Instagram sambil mengucapkan tahniah.

“Bermula sebagai clientele SETH&LUNA dan seterusnya diberi kepercayaan dan menyimpan rahsia terbesar adalah penghormatan diatas tujuh tahun kami bersahabat. Bermula dari brand yang tidak begitu dikenali beliau sudah mula mempercayai hasil kerja kami baik dari busana majlis sehingga ke adibusana perayaan.

“Setelah lebih 7 tahun, berbagai ujian yang dihadapai… sempat berlinang air mata dan berkirim doa. Beliau mengetuk pintu kami untuk menyerahkan kepercayaan mereka busana pernikahan dia dan bakal suaminya. Antara rahsia yang kami simpan dengan penuh rasa hormat.

“Pada hari ini, kami berdua dengan penuh bangga hati mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru @nad.zainal & @ungkuismailaziz semoga mahligai perkahwinan yang dibina berbahagia dan bekekalan hingga ke jannah,” tulisnya.

Sebelum ini, Ungku Ismail dan Nad Zainal menimbulkan spekulasi apabila memuat naik video berpegangan tangan di pekarangan masjid. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
3
+1
0
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button