
Gara-Gara Kecaman Netizen, Puteri Balqis Tutup Akaun Instagram?
Sejak akhir-akhir ini, nama pelakon cilik Puteri Balqis sering menjadi sebutan apabila kisahnya menjual buku puisi menjadi tular sehingga menjadi tumpuan ramai.
Bagaimanapun, di sebalik perhatian yang diberikan, terdapat juga segelintir netizen serta beberapa artis yang mempertikaikan tindakan ibunya apabila membiarkan anaknya berniaga di jalanan.
Kemudian, pelakon itu dan ibunya semakin mendapat kecaman, lantaran beberapa kenyataan yang dikeluarkan seperti mahu menghantar Puteri Balqis ke kelas piano, membatalkan tawaran berlakon pada saat-saat akhir dan terbaru apabila kenyataan yang dikeluarkan apabila mahu menggunakan sumbangan wang yang diterima untuk bermain forex.
Terkini, melalui pemeriksaan yang dibuat, akaun Instagram rasmi pelakon itu yang menggunakan nama @rockingbalqis sudah tidak dapat diakses lagi.
Adakah tindakan tersebut dilakukan setelah pelbagai kecaman yang diterima sehingga pelakon itu menutup akaun Instagramnya? – KopiPlanet.com