Cerita ArtisHiburan

Gara-Gara Pakai Uniform Pramugari, Bella Astillah Dikecam

Tindakan pelakon dan penyanyi Bella Astilla memakai uniform syarikat penerbangan tempatan dalam sebuah majlis ternyata telah mendapat kecaman.

Kecaman tersebut telah dibuat oleh seorang individu yang juga pemilik akaun Instagram yang menggunakan nama @Fizakamaruzzaman yang juga dipercayai seorang pramugari.

“Dia ni pasal apa dok kemaruk pakai uniform MAB neh..? Orang susah payah terjun masuk kolam, belajar padam api, belajar CPR.

“Buat macam-macam exam sebab nak pakai uniform neh. Ko senang-senang nak fefeeling gini.. Apoooooo….,” luahnya menerusi Insta Story.

Tindakan Bella Astilla yang memakai uniform pramugari sebuah syarikat penerbangan telah mendapat kecaman seorang individu.

Ternyata tindakan tersebut juga turut dikecam beberapa netizen lain di sebuah laman forum popular.

Ada yang mengatakan uniform syarikat penerbangan tidak boleh dipakai di tempat lain, kecuali dari rumah ke tempat kerja dan seseorang kru penerbangan itu perlu menukar pakaian sekiranya mahu pergi ke tempat lain. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
5
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button