Rancangan TVTV

Gegar Vaganza 12 Tampilkan 13 Peserta Berkonsepkan GV-Verse… SHY8, Elaine Kang & Rahmat Ekamatra Antara Peserta Tumpuan

Rancangan popular Gegar Vaganza 12 (GV12) kini kembali dengan menampilkan barisan artis yang gah, relevan dan pastinya bakal mengubat rindu peminat-peminat industri muzik tempatan.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad, berkata, sejak mula diperkenalkan, Gegar Vaganza kekal sebagai pertandingan nyanyian realiti no. 1 di Malaysia, sebuah platform untuk penyanyi lagenda dan yang dah lama menghilang, menyalakan semula perjalanan muzik mereka.

“Tahun ini, kami mengangkat legasi tersebut ke tahap yang lebih tinggi menerusi GV-Verse, sebuah dimensi baharu yang meraikan kepelbagaian serta kehebatan bakat serantau. 

“Dengan barisan peserta yang hebat dan pelbagai ini, kami mahu GV12 menjadi lebih daripada sekadar pertandingan. Ia tentang menghargai perjalanan yang telah mereka tempuhi dan membayangkan sejauh mana mereka boleh pergi selepas ini,” ujarnya.

Musim ini, Astro mempersembahkan 13 barisan peserta solo dan kumpulan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura yang bakal menampilkan kehebatan seni serta menghidupkan kembali pentas dengan persembahan yang penuh pesona dan luar biasa.

Antara barisan peserta yang menyertai GV12 seperti Krisya, Mel Sakura, SHY8, Korie, Nubhan, Freshies, Mark Adam, Datuk Elaine Kang dan Rahmat Ekamatra, manakala empat peserta luar negara iaitu Iskandar Ismail (Singapura), Shae (Indonesia), Mendua (Indonesia), Ruri Repvblik (Indonesia).

“Kami menjemput semua Vaganzers untuk menyertai universe ini bersama kami untuk mengimbau kenangan, menemui alunan baharu dan menyaksikan dunia muzik yang diolah semula dalam skala yang lebih besar daripada sebelumnya,” ujarnya.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, naib juara pula akan meraih RM50,000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

GV12 bakal bersiaran mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104).

Pada masa sama, GV12 turut boleh disaksikan melalui strim secara On Demand di Astro GO dan sooka. – KopiPlanet.com

Juri

  • Datuk Ramli MS
  • Hetty Koes Endang
  • Datuk Syafinaz Selamat

Hos

  • Nabil Ahmad
  • Sherry Alhadad
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button