FilemReview

Filem Get Hard Usik Isu Sensitif Dengan Sentuhan Komedi

Tajuk: Get Hard: Tongkat Ali Kasi Keras
Tarikh Tayangan: 8 Mac 2018
Durasi: 96 minit
Genre: Romance / Komedi / Drama
Pengarah: Chan Wai Cheong
Pelakon: JC Chee, Sarah Lian, Juwei Teoh, Elvis Chin dan Emily Kong.
Klasifikasi: 18SX

Setakat ini tidak ramai penerbit atau pengarah yang berani membuat filem dengan tema subjek penyakit melibatkan kesihatan seksual.

Bagaimanapun, pengarah Chan Wai Cheong berani mengambil risiko itu dengan mengarahkan filem berkisarkan masalah mati pucuk yang sebenarnya agak serius berlaku dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Menggunakan khidmat pelakon yang terkenal dengan watak Tauke menerusi filem Ola Bola, JC Chee, watak kali ini memang cukup berbeza dengan JC yang kebiasaannya diberikan watak hero romantik dan macho menerusi filem-filem lakonannya sebelum ini.

Malah, JC turut mengakui filem ini turut memberikan cabaran baharu buatnya bila mana ia menyerlahkan lagi sisi komedinya untuk diterjemahkan seperti yang dituntut oleh wataknya.

Filem ini juga tidak mengandungi babak-babak panas yang dilihat keterlaluan untuk tontonan penonton berusia 18 tahun ke atas.

Lakonan JC sebagai Wen Hu, lelaki yang mengalami masalah mati pucuk namun malu untuk mendapatkan rawatan secara terbuka mula mencari pelbagai kaedah penyelesaiannya sendiri.

Enggan masalahnya itu dihidu oleh teman wanitanya, Wen Hu mula mencari alternatif dengan cuba untuk melakukan hubungan intim dengan wanita-wanita lain termasuk bekas kekasihnya di zaman persekolahan serta majikannya yang berpenampilan seksi dan menggoda.

Walaupun filem ini mungkin dikritik kerana mengandungi beberapa adegan panas namun ia dilakukan bagi memenuhi skrip, jikalau tidak memasukkan babak tersebut ia mungkin akan kehilangan jiwa kepada jalan cerita filem ini.

Secara keseluruhannya, filem ini amat menghiburkan malah ia dapat memberikan kesedaran buat penonton lelaki yang sebelum ini mungkin malu untuk mendapatkan rawatan pakar bagi merawat penyakit tersebut. Secara tidak langsung, filem ini juga dilihat mampu mendidik penonton di samping menghiburkan! – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button