
Giliran Nomad Tersingkir Di Minggu Kelima Gegar Vaganza 7
Seperti dijangka, penyanyi Nomad menjadi peserta yang seterusnya tersingkir dalam saingan Gegar Vaganza 7 (GV7) yang berlangsung malam ini.
Penyingkiran tersebut dapat dijangka memandangkan ketiga-tiga juri memberikan komen yang kurang memberangsangkan buat Nomad yang mempersembahkan lagu Kasih Latifah.
Dengan penyingkiran tersebut, saingan GV7 akan menyaksikan seramai 10 lagi peserta yang akan beraksi pada minggu ke-6 dengan tema ‘Double Special’ iaitu setiap peserta akan menyanyi secara duet.
Dalam pada itu, Cliff Umar yang mempersembahkan lagu Sedang Ingin Bercinta mencipta kejutan apabila muncul sebagai juara dan diikuti Ashira di tempat kedua dan Ayu Damit berada di tangga ketiga. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Astro Gempak
*Tema Double Special (Persembahan Minggu Ke-6)
- Smooth – Cliff Umar & Mimi Fly
- Dengarkanlah – Ashira & Mark Adam
- Dua Insan Bercinta – Ayu Damit & Hazama
- Bolehlah Boleh – Noraniza Idris & Amelina
- Bercanda Di Pasaran Pantai – Muss & Siti Sarah
- Gering – Aju Success & Ali XPDC
- Mengapa Sukar Melafazkan Maaf – Rozita Izlyn & Ezad Lazim
- Bertakhta Di Hati – Linda Nanuwil & Khai Bahar
- Sembilu – Oja & Black
- Di Sebalik Rahsia Cinta – Yantzen & Marsha Milan