Cerita ArtisHiburan

Hafiz Dan Adira Kembali ‘Bercinta’ Dalam Takdir Tercipta

Penyanyi terkenal Hafiz Suip dan Adira Suhaimi sebelum ini sering digelar Raja dan Ratu OST berikutan kejayaan lagu Ombak Rindu yang dipopularkan mereka sebelum ini.

Terbaharu, pasangan serasi ini kembali ‘bercinta’ menerusi sebuah single baharu, Takdir Tercipta yang merupakan ciptaan Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali yang telah dilancarkan pada September lalu.

Menariknya, muzik video single ini seolah-olah mengimbas dan menceritakan kembali perjalanan kisah ‘cinta’ Hafiz dan Adira. Bagaimanapun menurut Hafiz, apa yang dipaparkan adalah sebuah cerita yang melengkapkan lagi lirik lagu tersebut.

“Kalau tengok muzik video ini sama macam drama. Ia ada jalan cerita tersendiri. Terpulang pada persepsi masing-masing.

“Saya dan Adira menjalankan tanggungjawab diberikan dengan cukup profesional. Saya percaya, apa yang dipaparkan berkaitan dengan lagu dan lirik.

“Secara peribadi, saya menganggap muzik video ini adalah hadiah buat peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kerjaya kami dari dulu hingga kini,” katanya.

Bagi Adira, dia berharap muzik video itu diterima baik sekali gus mengubat kerinduan peminat.

“Apabila lagu ini dilancarkan, ramai bertanya bila muzik video akan dikeluarkan. Jadi, muzik video sudah ada dan diharap peminat menyukainya.

“Bagi saya, muzik video ini ada keistimewaan tersendiri menerusi jalan cerita yang dipaparkan,” katanya.

Muzik video itu yang diilham sepenuhnya oleh Hafiz itu mendapat sentuhan pengarah Bobong Latif. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button