
Hanya Seminggu Sebelum Aidilfitri, Jaafar Onn Disahkan Meninggal Dunia
Hanya seminggu sebelum sambutan Aidilfitri, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pemergian artis versetil Jaafar Onn pada pagi Rabu.
Menerusi laporan mStar, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang (Hospital Serdang) pada usia 73 tahun.
Berita pemergian aktor itu disahkan penyanyi yang juga rakan baik Jaafar iaitu Haiza Hanafi yang mendapat perkhabaran itu daripada anak angkat Allahyarham iaitu Hanif.
“Betul, Jaafar Onn sudah meninggal dunia. Saya dapat tahu daripada anak angkat arwah yang menjaganya di Hospital Serdang.
“Saya dimaklumkan mengenai perkara itu sekitar pukul 11 pagi tadi, sekarang dalam perjalanan ke sana,” katanya.
Sebelum ini, arwah telah dimasukkan ke hospital setelah mengalami buang air besar berdarah. – KopiPlanet.com



