EventHiburan

Haqiem Rusli Cipta Kejutan Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 33

Penyanyi Haqiem Rusli ternyata mencipta kejutan apabila dinobat sebagai Bintang Paling Popular di acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-33 (ABPBH 33) yang berlangsung malam ini.

Kemenangan tersebut telah diumumkan sendiri oleh penyampai iaitu penerbit dan pelakon Datuk Rosyam Nor.

Selain membawa pulang anugrah berkenaan, Haqiem turut memenangi dua kategori lain iaitu Penyanyi Lelaki Popular dan Lagu Boom Paling Popular menerusi lagu Lembah Kesepian.

Sementara itu, dua artis wanita iaitu penyanyi Siti Nordiana dan Sherry Alhadad pula masing-masing membawa pulang dua anugerah.

Sherry muncul pemenang bagi kategori Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular, manakala Siti Nordiana pula memenangi kategori Artis Versatil Popular dan Artis Kolaborasi Duo Berkumpulan Popular bersama Khai Bahar.

Acara kemuncak ABPBH 33 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil telah dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan Nabila Huda. – KopiPlanet.com

*Senarai Nama-Nama Pemenang ABPBH 33

  1. Artis Baharu Wanita Popular – Isyariana
  2. Artis Baharu Lelaki Popular – Chubb-E
  3. Artis Kolaborasi Duo Berkumpulan Popular – Khai Bahar & Siti Nordiana
  4. Penyampai Radio Popular – DJ Lin
  5. Pengacara TV Popular – Sherry Alhadad
  6. Artis Versatil Popular – Siti Nordiana
  7. Artis Komedi Popular – Sherry Alhadad
  8. Penyanyi Wanita Popular – Wany Hasrita
  9. Penyanyi Lelaki Popular – Haqiem Rusli
  10. Gandingan Serasi Drama Popular – Kamal Adli & Uqasha Senrose (Setelah Terlafaznya Akad)
  11. Gandingan Serasi Filem Popular – Syafiq Kyle & Mimi Lana (Pusaka)
  12. Lagu Paling Boom Popular – Lembah Kesepian (Haqiem Rusli)
  13. Artis Kontroversi Popular – Aiman Tino
  14. Anugerah FC #Fantastik Popular – Siti Nordiana FC
  15. Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
  16. Pelakon TV Lelaki Popular – Ben Amir
  17. Pelakon Filem Wanita Popular – Mawar Rashid
  18. Pelakon Filem Lelaki Popular – Zahiril Adzim
  19. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Francissca Peter
  20. Bintang Paling Popular – Haqiem Rusli
Apakah reaksi anda?
+1
2
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
1
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button