Cerita ArtisHiburan

Hasil Jualan Air Jagung & Shooting, Amir Raja Lawak Kongsi Gambar Beli Kereta Baharu

Pelawak popular, Amir Raja Lawak menjadi tumpuan apabila berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan dia telah membeli sebuah kereta baharu.

Dalam perkongsian berkenaan, Amir memaklumkan pembelian kereta berkenaan adalah hasil daripada penjualan air jagung yang diusahakannya selama ini.

“Alhamdulillah,syukur rezeki pembukaan tahun 2023. Terima kasih yang support saya beli @airjagungamirreka_hq dan kongsi rezeki shooting dengan saya, ini adalah hasil dari anda yg ikhlas support dan percaya dengan saya.

“Didoakan semoga kita semua dilimpahkan rezeki,sihat selalu,disembuhkan sebarang penyakit dan terus sukses,aamiin ya mujib. Terima kasih banyak-banyak semua ye,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen pula ramai peminat serta rakan-rakan artis yang memberi ucapan tahniah serta beranggapan pelawak tersebut boleh dijadikan sebagai inspirasi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button