• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Hilang Seketika, Zul Huzaimy Sambung Belajar Peringkat Masters

Pelakon Zul Huzaimy menyatakan kehilangannya buat seketika daripada muncul di layar perak dan kaca televisyen bukanlah disebabkan dirinya enggan berlakon lagi.

Sebaliknya, pelakon yang cukup dikenali ramai menerusi watak antagonis itu menyatakan kehilangannya itu adalah disebabkan dia sibuk dengan pelajaran.

“Mungkin ramai yang sedar ketiadaan saya sebelum ini sama ada di dalam drama, telemovie atau filem. Sebenarnya, saya sedang memberikan sepenuh tumpuan kepada pelajaran.

“Saya menyambung pelajaran di Universiti Lim Kok Wing dalam jurusan Masters In Digital, Film & TV selama dua tahun iaitu antara 2016 hingga 2018,” ujarnya.

Zul berkata demikian ketika ditemui KopiPlanet.com semasa majlis pelancaran filem Remp-It 2 yang berlangsung baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zul juga memberitahu buat masa ini dia juga jarang terlibat dengan dunia lakonan kerana lebih banyak terbabit dalam bidang pengarahan dan penulisan skrip.

“Saya sudah mula menjadi seorang pengarah sejak 2009 dan pada masa yang sama saya juga banyak terlibat dalam penghasilan skrip drama dan telemovie.

“Untuk lakonan saya hanya buat mana yang termampu sahaja. Apabila mengarah ni memang banyak memakan masa kerana perlu menjalani beberapa proses,” jelasnya.

Menurut Zul, kali terakhir dia berlakon adalah menerusi telemovie berjudul Bayang di TV3 pada Januari lalu, di mana dia turut bertindak sebagai pengarah. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend