AntarabangsaHollywood

Hilary Duff Umum Kini Sedang Hamil Anak Ketiga

Penyanyi Hilary Duff, 33, mengumumkan dia kini sedang hamil anak ketiga seperti mana yang dikongsikannya di laman Instagram.

Hilary membuat pendedahan itu menerusi gambar yang dikongsikannya ketika menyambut ulang tahun kelahiran kedua anak keduanya, Banks Violet Bair semalam.

Suami Hilary, pemuzik Matthew Koma turut berkongsikan khabar gembira itu dengan memuat naik video boomerang dirinya sedang memegang baby bump isterinya dengan kapsyen, “Tempoh kuarantin memberikan berita baik buat kami.”

Hilary berkahwin dengan Matthew pada tahun lalu selepas berpisah dengan bekas suami, Mike Comrie pada 2017.

Selain Banks, Hilary turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Luca yang kini berusia lapan tahun hasil perkahwinannya dengan Mike. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button