AntarabangsaKpop

Hisap Ganja, Yoon Cheol Jong Didenda RM23

Bekas ahli kumpulan 10cm, Yoon Cheol Jong telah dikenakan denda sebanyak 6000 KRW (RM23) dan perlu berada di bawah pemantauan polis selama dua tahun akibat penyalahgunaan dadah jenis ganja.

Hukuman yang dijatuhkan semalam itu juga turut menyebut Cheol Jong akan meringkuk dalam penjara selama enam bulan sekiranya dia kembali menghisap dadah dalam tempoh dua tahun di bawah pengawasan polis.

Menurut pihak pendakwaan hukuman ringan dikenakan terhadap Cheol Yong adalah disebabkan dia mengaku kesalahannya dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.

Cheol Yong ditahan pihak polis pada 18 Julai lalu selepas ujian saringan dadah dilakukan terhadapnya positif.

Sebelum ini, anggota kumpulan Big Bang, Top turut didakwa atas kesalahan yang sama tapi telah dibebaskan pihak polis, Julai lalu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button