• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Hulurkan Bantuan, Giliran Intan Najuwa Beri Sumbangan RM10,000

Sejak wabak virus Covid-19 melanda sehingga menjejaskan kehidupan segelintir masyarakat, ternyata sudah banyak pihak yang tampil menghulurkan sumbangan.

Jika sebelum ini pelawak Man Raja Lawak memperuntukkan sejumlah RM50,000, kini giliran pelakon Intan Najuwa menghulurkan bantuan sebanyak RM10,000.

“I will teruskan untuk hulurkan bantuan for those in need. Daripada saya sendiri , saya hanya mampu beri 10k buat masa ni and yang selebihnya kalau you guys nak tambah sangat2 dialukan.

“Sesiapa yang nak hulurkan sumbangan, boleh transfer kat this account okay. I will buka sampai lusa. Let’s do this! Semoga sedikit sebanyak boleh bantu pada yang betul-betul memerlukan. Feel free to tag & share with your friends,” ujarnya menerusi laman sosial Instagram.

Ternyata tindakan yang dilakukan oleh pelakon berkenaan rata-rata mendapat reaksi positif daripada netizen serta pelakon Zarina Anjoulie. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Intan Najuwa

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend