Cerita ArtisHiburan

Ijam Majid Tampil Dengan Single Nagaku Wara Wara Nia Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan

.

Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan, penyanyi Ijam Majid melancarkan single terbaru beliau berjudul Nagaku Wara Wara Nia pada 27 Ogos 2021 di semua saluran digital platform.

Ini diikuti dengan lirik video yang juga akan dilancarkan pada 29 Ogos 2021 di saluran YouTube dari Fusion Records. Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Hans & Dika ini mengisahkan tentang perpaduan, keunikan, kebudayaan dan kemajuan di Malaysia. 

Nagaku Wara Wara Nia bermaksud Negaraku Warna Warna Dunia. Sesuai dengan peredaran masa, Malaysia kini sudah mewarnai seluruh dunia tidak kira dari segi sukan, pendidikan, pelancongan, ekonomi dan lain- lain, kini Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang lain. 

Bersempena dangan kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan tiba tidak lama lagi, Ijam Majid mengeluarkan lagu berkonsepkan progresif rock istimewa untuk rakyat Malaysia. 

Dengan lagu ini Ijam Majid berharap semua rakyat Malaysia bersatu padu membina semangat untuk Malaysia dan merasa bangga menjadi anak Malaysia. – KopPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button