• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Rajinikanth Sertai Politik, Tubuh Parti Baharu

Ikon filem aksi Tamil, Rajinikanth mengejutkan kesemua peminatnya dengan membuat pengumuman akan menyertai bidang politik di India.

Pengumuman itu dibuat pelakon berusia 67 tahun itu pada 31 Disember lalu di sebuah lokasi di Chennai.

Menurutnya, dia bakal menubuhkan satu parti politik baharu yang memperjuangkan agendanya tersendiri.

Sebelum ini, sudah beberapa bulan khabar angin bertiup kencang mendakwa Rajinikanth akan menyertai politik.

Antara rakan artis yang mengucapkan tahniah di atas kerjaya baharu Rajinikanth itu ialah bintang veteran Amitabh Bachchan yang menulis, “Kawan baik saya yang sentiasa merendah diri baharu sahaja mengumumkan dia bakal sertai bidang politik. Saya ucapkan semoga maju jaya buat dirinya.”

Rajinikanth sebelum ini pernah dikaitkan menyokong satu parti politik yang aktif di selatan Tamil Nadu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend