Setelah Shuib tampil membuat permohanan maaf terhadap Jep menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram, kali ini Jep turut mengeluarkan kenyataan.
Menerusi satu kenyataan ringkas yang dibuat di akaun Thread, Jep menyatakan dia meminta maaf kerana telah mengambil tindakan undang-undang.
Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam.
“Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan pasal sindir, ini pasal FITNAH,” ujarnya.
Sebelum ini, telah tular satu video podcast yang membabitkan Shuib dan Mamat dalam satu wawancara bersama Azlee Senario.
Menerusi reaksi netizen pula, ada segelintir yang mahu Jep terus kekal dengan keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Namun begitu, ada juga beranggapan tindakan tersebut tidak wajar dibuat memandangkan semasa podcast berkenaan, Shuib langsung tidak menyebut sebarang nama. – KopiPlanet.com





