Cerita ArtisHiburan

Ismail Izzani Ada Sebab Kukuh Pilih Gereja Sebagai Lokasi Rakaman Muzik Video

Penyanyi Ismail Izzani menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri memilih sebuah gereja di Damansara bagi memperindahkan jalan cerita muzik video (MV) single terbaharunya, Ada Cara.

Menurut Ismail, 20, dia bersedia menerima sebarang respon balas daripada mereka yang menonton muzik video tersebut kerana lebih menitik beratkan mesej yang ingin disampaikan menerusi lagu tersebut.

“Saya bersedia dengan segala kemungkinan dan komen-komen orang luar terutama netizen. Cuma apa yang saya mahu tekankan ialah mesej yang cuba disampaikan dalam muzik video ini.

“Saya mahu penonton nampak jalan cerita tentang sepasang kekasih tetapi berbeza agama. Saya memilih gereja supaya senang orang faham konteks jalan cerita Ada Cara yang menyentuh soal agama. Jadi saya tidak rasa ada yang salah dengan pemilihan lokasi tersebut.

“Apatah lagi lagu ini berkisar tentang agama. Kisah cinta seorang lelaki yang berpegang teguh kepada agamanya. Manusia berbeza tetapi Tuhan hanya satu dan lelaki dalam lagu memilih Tuhannya, itu mesej yang cuba disampaikan,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single dan muzik video Ada Cara yang berlangsung di GMBB Event Hall, Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Izzani bersedia menerima sebarang komen berhubung tindakan membuat rakaman muzik video lagu Ada Cara di gereja.

Bercerita lanjut mengenai pengalamannya menjalani penggambaran di rumah ibadat penganut Kristian itu, anak kepada penyanyi era 80-an, Datin Suliza Salam itu berkata pada mulanya dia berasa pelik dan kekok.

“Mestilah rasa pelik sebab ini kali pertama saya masuk ke situ. Rasa tidak biasa dan kekok. Sampaikan saya terpaksa ambil masa selama setengah jam untuk bersedia sebelum memulakan penggambaran.

“Pihak produksi memang awal-awal lagi dah dapatkan kebenaran untuk shooting di sana dan pihak gereja beri bekerjasama dengan memperuntukan masa lima jam kepada kami dan Alhamdulillah semuanya selesai dalam masa tiga jam sahaja.

“Lirik lagu ini sendiri pun sudah mendalam, ditambah dengan visual dalam gereja membuatkan hasilnya sangat mengagumkan,” jelasnya lagi.

> Baca: Khaty Fauziah Ucap Tahniah Setelah Menantu Dilantik Jadi Timbalan Ketua Menteri Sabah 1

Ada Cara merupakan hasil ciptaan Ismail bersama komposer Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat. Kedua-dua komposer itu turut berperanan dalam penghasilan lirik bersama Mohd. Ariz dan Shaqiel Naufal termasuk Ismail sendiri.

Muzik video Ada Cara akan dipertontonkan di saluran Youtube World Peace Entertainment bermula esok.

Muzik video itu mengisahkan tentang dugaan percintaan yang dilalui dua individu berbeza agama. Muzik video ini turut menampilkan wanita Ukraine persis Paris Hilton iaitu, Helen sebagai kekasih Ismail. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button